This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

DBKL digesa siasat pemaju cuai
Berita Harian 26/3/2005

KUALA LUMPUR: Penghuni Kondominium Villa Lagenda, semalam mengadakan perjumpaan bersama pegawai Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perjumpaan selama sejam itu antara lain membincangkan masalah berkaitan kejadian bumbung jatuh dari tingkat 21 kondominium berkenaan selain isu sijil layak menduduki (CF).

Wakil penduduk, Ng Choon Lee, 41, mendakwa kejadian bumbung lif jatuh itu bukan disebabkan bencana alam seperti dijelaskan pihak pemaju perumahan.

Ng berkata, kejadian itu berlaku kerana kecuaian dan kegagalan pihak pemaju menggunakan bahan binaan bermutu tinggi sebaliknya hanya menggunakan paku dan papan.

“Pemaju guna papan dan paku sebagai bahan utama mengukuhkan struktur bumbung bukannya skru dan besi tiang seperti sepatutnya,” katanya.

Hadir sama dalam perjumpaan itu Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw. Dalam kejadian pada 14 Mac lalu, bumbung lif dari tingkat 21 kondominium itu tercabut dan jatuh menghempap kereta seorang penduduk.

Sehubungan itu, penduduk meminta DBKL mengambil tindakan tegas menyiasat pemaju projek yang didakwa mereka cuai dan menggunakan bahan tidak bermutu tinggi untuk membina kondominium itu.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.