This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

DBKL, MPSJ kaji struktur bangunan
Berita Harian 30/3/2005

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menghantar pasukan khas untuk mengkaji struktur bangunan dan tahap kerosakan di kawasan pentadbirannya berikutan gegaran awal pagi semalam.

Pasukan itu dianggotai jurutera dan pegawai teknikal berpengalaman akan menyiasat keselamatan bangunan berkenaan selain mengadakan pemantauan dari semasa ke semasa sebelum menyerahkan laporan penuh.

Pegawai Perhubungan Awam DBKL, Hanim Hashim, berkata pihaknya sudah menghantar skuad penyelamat bagi meninjau beberapa bangunan yang disyaki bermasalah untuk memastikan keselamatan penduduk terjamin.

“Kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Bagaimanapun, tiada laporan keretakan atau kerosakan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau berkata, DBKL menerima banyak aduan daripada warga kota mulai jam 12.30 pagi hingga 3 pagi semalam, mengenai gegaran dan kebimbangan mereka mengenai keselamatan bangunan dihuni.

“Kita menghantar skuad penyelamat ke kawasan bermasalah, antaranya di Bandar Tun Razak, Cheras, Gombak, Lembah Pantai, Titiwangsa, Segambut, Seputeh dan Bangi.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati semua bangunan terbabit selamat kecuali di Seputeh yang ada keretakan lama,” katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.