This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Bumbung kondo tak jatuh jika pemaju patuhi peraturan
Harian Metro 24/3/2005

KUALA LUMPUR: Kejadian bumbung Blok A Kondominium Villa Lagenda, Taman Desa Bakti, Selayang, yang terjatuh dan menghempap sebuah kereta milik penghuni sehingga rosak teruk tidak akan berlaku jika pemaju mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Penghuni mendakwa mereka berpindah ke situ selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan Sijil Layak Menduduki (CF) pada 23 Disember tahun lalu.


Mereka yang meragui bagaimana CF diluluskan sedangkan kejadian bumbung terjatuh itu berlaku kurang daripada tiga bulan selepas sijil dikeluarkan, mengadakan pertemuan dengan pegawai Bahagian Kawalan Bangunan di Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan DBKL di Jalan Raja Abdullah di sini, semalam.


"Penghuni mengadakan pertemuan ini dengan pegawai berkenaan bagi menuntut penjelasan bagaimana CF boleh dikeluarkan sedangkan bangunan masih belum selamat untuk diduduki berikutan kejadian bumbung jatuh.


"Penghuni mendakwa wujud masalah lain seperti kebocoran paip bangunan, dinding pagar retak, rekahan di tangga, rumah pam dan kolam renang serta tempat letak kereta tanpa mempunyai ciri keselamatan," kata jurucakap mereka.


Dalam perbincangan kira-kira setengah jam itu, Jurukur Bangunan, jabatan berkenaan, Zulkifli Nahar, mendakwa CF yang dikeluarkan bagi kondominium itu mematuhi syarat dan kejadian berlaku disebabkan ditiup angin kuat.


Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, penjelasan itu masih belum kuat untuk diterima penghuni menyebabkan DBKL diminta menjalankan pemeriksaan sekali lagi bukan sahaja pada bumbung itu tetapi keseluruhan bangunan.


"Pemaju perlu bertanggungjawab kerana tidak mengutamakan ciri keselamatan ketika kerja pembinaan, malah pemaju mesti menanggung kerugian pemilik kereta yang rosak termasuk membaiki bumbung itu.


Beliau berkata, tiada guna penghuni membayar wang penyelenggaraan lebih RM500 sebulan kepada pengurusan kondominium jika kerosakan itu tidak mampu dibaiki.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.