This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Amfinance, Ferrier pulihkan Sri Impian
utusan.com.my 12/3/2005

KUALA LUMPUR 11 Mac - AmFinance Bhd. dan Ferrier Hodgson MH Sdn. Bhd. mengumumkan hari ini mereka akan memulihkan pembinaan projek Kondominium Sri Impian di Jalan Ang Seng, Brickfields, Kuala Lumpur, yang sebelum ini dihentikan.

Dalam satu kenyataan, Ferrier Hodgson berkata, projek itu dimulakan Mac 1997 dan siap hampir 32 peratus sebelum kerja dihentikan November 2000 kerana pemajunya, Li-Foong Housing Development Sdn. Bhd. menghadapi masalah kewangan.

Dengan nilai pembangunan kasar (NPK) awal bernilai RM45 juta, semua kecuali tiga daripada 249 unit telah dijual.

Heng Ji Keng dan Michael J. Monteiro daripada Ferrier Hodgson MH dilantik oleh pemegang gadaian, AmFinance, sebagai penerima dan pengurus projek pada 6 Februari 2004 dan sejak itu mendapat persetujuan daripada 162 pemilik unit untuk skim pemulihan.

Pembinaan yang dimulakan semula bulan ini dijangka mengambil masa dua tahun untuk disiap. ``Kami yakin dapat menyerahkan unit-unit kondominium kepada para pemilik mengikut jadual,'' kata Monteiro.

Ferrier Hodgson berkata skim pemulihan projek itu juga mendapat sokongan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Perunding projek dan kontraktor yang dilantik untuk memulihkan Kondominium Sri Impian adalah Robert Bird & Associates Sdn. Bhd. selaku jurutera sivil dan struktur, Arkitek Habitas (arkitek), C.Y. Tay Perunding (jurutera mekanikal dan elektrik), Juru ukur Bahan FPS Sdn. Bhd. (juru ukur bahan/pengurus projek) dan Conlay Construction Sdn. Bhd. (kontraktor utama). - Bernama
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.