This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Sikap tamak punca pemaju terus perdaya pembeli

21/02/2005 Harian Metro

PUTRAJAYA: Sikap terlalu berlembut dengan pemaju perumahan mendorong mereka terus bersikap tamak dan menipu pembeli menyebabkan rumah terbengkalai 10 hingga 20 tahun.


Pengerusi Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata tindakan menyenaraihitamkan pemaju bermasalah tidak memberi kesedaran kepada mereka.


"Kita terlalu berlembut dengan pemaju kerana itu masalah projek rumah terbengkalai 10 hingga 20 tahun tidak dapat diselesaikan," katanya.


Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, berkata pemaju biasanya menggunakan nama keluarga atau rakan untuk terus beroperasi apabila disenaraihitamkan.


"Sukar mengesan mereka apalagi jika menggunakan nama rakan dan ini menyebabkan masalah penipuan kepada pembeli berterusan," katanya.


Beliau berkata, pemaju tidak bertanggungjawab ini akan memungut hingga 85 peratus wang daripada pembeli dan kemudiannya meninggalkan projek itu begitu saja sebelum memulakan projek lain.


"SPNB perlu bertanggungjawab dan berusaha berunding menyelesaikan masalah ini demi kepentingan pembeli dan ada j pemaju yang enggan menyerahkan projek terbengkalai sudah 10 tahun kerana menganggap mereka boleh menyiapkannya," katanya.


Beliau berkata, 172 projek perumahan terbengkalai bernilai RM3.2 bilion disenaraikan di seluruh negara dan SPNB berusaha memulihkannya.


"Pemaju begini perlu diberi pengajaran dengan meminda akta sedia ada membolehkan mereka dipenjara," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.