This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah terbengkalai hampir 12 tahun
07/02/2005 Harian Metro

SAYA adalah seorang pembeli rumah projek Sri Bayu, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Untuk pengetahuan pembaca, projek berkenaan terbengkalai lebih 11 tahun dan kini dalam proses pemulihan.

Awalnya pembeli dijanjikan pemaju (Syarikat Perumahan Negara) bahawa boleh menduduki unit yang dibeli pada penghujung 2004, tetapi malangnya sehingga kini janji hanya tinggal janji. Pembeli juga berhubung dengan
pemilik tanah, tetapi jawapan yang diberi amat mengecewakan seolah-olah melepas batuk di tangga.

Mengapa perkara itu berlaku. Pembeli ditabur janji palsu setiap kali menghubungi pihak berkenaan, malah apabila perkara ini dibawa kepada Exco Perumahan negeri perkara yang sama berulang.

Apa yang pembeli inginkan hanya rumah yang dibeli selama hampir 12 tahun itu siap untuk didiami. Mengapa ini harus terjadi sedangkan projek itu di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu sebuah jabatan yang sepatutnya lebih arif dengan masalah rakyat. Kepada siapa lagi untuk pembeli mengadu dan mengharap. Bilakah penantian kami akan berakhir?

Berikutan itu, kami dibebani dengan pelbagai masalah kerana terpaksa membayar sewa rumah sedangkan wang gaji sudah dipotong untuk bayaran rumah yang terbengkalai itu.

PEMBELI TRAUMA,
Sungai Ara, Pulau Pinang
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.