This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah retak di Bukit Mewah diatasi
Utusan Malaysia 22/2/2005

KAJANG 21 Feb. - Dua masalah utama yang membelenggu pembeli rumah di Taman Bukit Mewah di sini iaitu - masalah keretakan serta sijil kelayakan menduduki (CFO) yang dipersoalkan - akan diatasi dalam masa terdekat.

Ia sekali gus membawa harapan bahawa kedua-dua masalah yang telah membelenggu pembeli terbabit sejak dua tahun lalu, dijangka diselesaikan secara baik.

Timbalan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Nahwari Hashim berkata, mesyuarat bakal dihadiri wakil penduduk, MajIis Perbandaran Kajang (MPKj), pemaju perumahan dan wakil Institut Kerja Raya Malaysia (Ikram).

"Semua isu akan dibincang termasuk mengapa CFO dikeluarkan sedangkan struktur tanah dan rumah tidak selamat.

"Mesyuarat juga membincangkan kos pembinaan semula rumah terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke beberapa buah rumah di Taman Bukit Mewah yang mengalami keretakan teruk di Jalan 21 dan beberapa rumah lain di kawasan yang berhampiran di sini.

Turut Sama dalam lawatan ialah Ahli Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan penduduk di Taman Bukit Mewah mendesak supaya pihak terbabit segera memperbaiki rumah yang mengalami keretakan teruk.

Sehingga kini, beberapa buah rumah di Jalan Bukit Mewah 20 dan 21 mengalami keretakan teruk.

Berikutan itu, penduduk bimbang ia akan membabitkan rumah-rumah lain pula pada masa depan dan meminta MPKj bertindak segera mengatasi masalah tersebut.

Dalam pada itu, Pian Hon berharap penduduk bersabar dalam menghadapi masalah itu kerana semua pihak kini bersungguh-sungguh mahu menyelesaikannya.

"Kerajaan sememangnya tidak mahu penduduk menghadapi masalah sebegini rupa tetapi saya percaya
dengan adanya semangat kerjasama, masalah ini akan dapat diatasi," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.