This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk Bukit Mewah bantah pembinaan gereja
Kosmo 14/2/2005

KAJANG - Persatuan Penduduk Taman Bukit Mewah Fasa 8A di sini membantah cadangan pembinaan gereja di tanah berhadapan dengan pangsapuri taman berkenaan atas alasan majoriti penghuni kawasan berhampiran ialah umat Islam.

Timbalan Pengerusi persatuan berkenaan, Ashraf Mustafa berkata, masyarakat Islam setempat tidak diberi notis bertulis, sebaliknya hanya mengetahui cadangan pembinaannya melalui sebuah papan tanda yang dipacakkan awal bulan ini.

"Penduduk hanya tahu sebuah gereja akan dibina setelah papan tanda dipacakkan di atas lot tanah PT41567 HSD53403 dan PT41568 HSD53404 yang berpagar.

"Papan tanda bertulisan halus-halus itu kemudian diletak di atas bukit. Cara notis itu dibuat macam tak jujur," katanya di sini semalam.

Papan tanda yang bertarikh 2 Februari memperuntukkan 21 hari kepada penduduk setempat mengemukakan bantahan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.

Menurut Ashraf, penduduk di situ membantah pembinaan gereja di kawasan berkenaan kerana ia tidak sesuai memandangkan taman itu dihuni oleh 95 peratus umat Islam.

Persatuan penduduk mengesyorkan supaya gereja dibina di kawasan yang mempunyai majoriti penganut Kristian, jelas beliau.

Setakat semalam, lebih 600 orang penduduk setempat telah menanda, tangani petisyen membantah pembinaan gereja berkenaan.

"Kami menganggarkan dapat mengumpul l,000 tandatangan lagi. "Petisyen itu kemudian akan diserahkan kepada Majlis Perbandaran Kajang," katanya.

Ashraf turut memberitahu, penghuni dari Taman Kajang Utama, Taman Sri Mewah dan penduduk kawasan sekitar turut membantah pembinaan gereja tersebut.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.