This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Cukai RM906 setahun kekal

20/02/2005 BERITA HARIAN

KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menolak rayuan penduduk Taman Bukit Segar Jaya, Cheras supaya meneliti semula serta menurunkan cukai taksiran yang dikenakan ketika ini berjumlah RM906 setahun.

Yang Dipertuanya, Ahmad Shafii Saidin, berkata penilaian mematuhi syor Akta Kerajaan Tempatan
1976 yang cukai berdasarkan sewa kasar tahunan bagi unit harta terbabit.

Katanya, semakan dan penilaian juga mendapati kawasan perumahan itu terletak di sempadan
antara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Persempadanan ini mewujudkan kesan cukai agak ketara akibat perbezaan tarikh kuat kuasa
aras nilaian yang sedang diguna pakai bagi ketiga-tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

“Penilaian dan semakan MPAJ di kawasan sekitar selepas mengambil kira potongan 10 peratus
adalah munasabah dan berpatutan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas laporan Sentral minggu lalu mengenai penduduk Taman Bukit Segar Jaya tidak
berpuas hati dengan tindakan MPAJ mengenakan cukai pintu yang mereka anggap membebankan
berbanding PBT lain.

Bagaimanapun, jumlah itu kadar baru yang dibayar penduduk selepas mendapat potongan 10
peratus apabila penduduk mengemukakan rayuan kepada MPAJ untuk meneliti semula kadar lama.

Perkara itu turut mendapat reaksi Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ong Tee Kiat yang berjanji akan
membantu penduduk mengemukakan rayuan untuk meneliti semula jumlah cukai pintu yang dianggap tidak munasabah.

Ahmad Shafii turut menjelaskan bahawa aras penilaian adalah tarikh yang digunakan bagi melaksanakan keseragaman ke atas asas nilaian harta yang hendak dikenakan cukai di kawasan majlis.

Katanya, orang ramai yang tidak berpuas hati mengenai cukai taksiran boleh berhubung dengan
MPAJ talian 03-42968100 atau 03-42968007 untuk keterangan dan maklumat lanjut.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.