This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

100 keluarga terancam rumah alami keretakan
03/02/2005 Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Keselamatan kira-kira 100 keluarga di Taman Melewar, Gombak, dekat sini terancam akibat kerja-kerja projek tebatan banjir berhampiran kawasan perumahan mereka.

Projek berkenaan didakwa bukan sahaja mengakibatkan beberapa rumah mengalami keretakan teruk pada dinding dan lantai, tetapi turut merosakkan saluran paip bawah tanah.

Berikutan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Mohamad  Norza Zakaria meminta pemaju menghentikan serta-merta kerja-kerja di tapak projek berkenaan bagi menjalankan perbincangan dengan penduduk.

"Mereka hidup dalam kebimbangan melihat struktur rumah retak satu persatu setiap hari, macam dah nak roboh.

"Jadi kita minta (pemaju) hentikan dulu dan datang berbincang dengan penduduk sebelum ada perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika ditemui semasa melawat kawasan perumahan itu, hari ini.

Utusan Malaysia difahamkan, kejadian itu berlaku akibat struktur tanah di kawasan berkenaan mendap akibat kerja-kerja menanam cerucuk yang di Jalankan kira-kira tiga meter dari kawasan perumahan itu.

Tinjauan di Jalan Geliga di kawasan perumahan. itu mendapati, 28 daripada 32 rumah mengalami keretakan teruk dengan dinding pemisah halaman depan sebuah rumah roboh berikutan gegaran kuat akibat kerja-kerja menggali lubang cerucuk di tapak projek berkenaan.

Mohamad Norza yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pemaju perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua kerugian penduduk yang disifatkannya menjadi mangsa kejadian itu.

"Pemaju tidak boleh lepas tangan dalam hal ini dan jalan penyelesaian perlu disegerakan kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa penduduk.

"Walaupun penduduk sudah beberapa kali mengadakan perbincangan dengan pemaju, namun jalan penyelesaian masih belum dicapai," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan Pemuda UMNO Bahagian Batu mengambil langkah segera untuk bersama-sama penduduk menjalankan perbincangan dengan pihak pemaju.

"Mereka (penduduk) bukan membantah projek pembangunan tetapi meminta mereka turut mengambil kira aspek keselamatan," tegas beliau.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.