This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju jual syarikat untuk elak bayar pampasan

Harian Metro 20/12/2005

SAYA amat kecewa dengan kelewatan Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menguatkuasakan arahan daripada Tribunal Tuntutan Pengguna kepada pembeli rumah mengenai bayaran pampasan.

Pada 30 September tahun lalu, tribunal terbabit mengarahkan pemaju supaya membayar pampasan kepada pembeli rumah, malangnya hingga kini saya belum mendapat pampasan itu.

Kegagalan pemaju berbuat demikian sudah dilaporkan kepada kementerian dan surat peringatan mengarahkan supaya pemaju membayar pampasan pada 26 April 2005 sudah dihantar.

Berdasarkan surat itu, saya berjumpa dengan wakil pemaju pada 22 April lalu dan diberitahu mereka enggan membuat sebarang pembayaran, sebaliknya mencadangkan perkara ini dilaporkan kepada Bahagian Pengawasan dan Penguatkuasaan.

Sehingga September lalu, saya sudah menghantar dua surat kepada bahagian itu tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

Baru-baru ini, saya diberitahu, syarikat pemaju terbabit sudah dijual kepada individu tertentu. Di sini, timbul kemusykilan apakah saya masih berhak mendapat pampasan itu?

Kelewatan dan kegagalan dalam menguatkuasakan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa menjadi punca syarikat pemaju secara sengaja enggan pembayaran pampasan itu. Apa gunanya wujudkan undang-undang jika ia tidak dikuatkuasakan.

Biar apapun jawapan daripada pihak berkenaan, mereka perlu menetapkan satu tempoh tertentu untuk syarikat pemaju mematuhi arahan membayar pampasan seperti diarahkan.

PEMBELI KECEWA
Seksyen U3, Shah Alam

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.