This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MPS tunggu laporan projek terbengkalai sebelum bertindak
10/12/2005 Kosmo

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) masih menunggu laporan lengkap mengenai bangunan terbengkalai di persimpangan Jalan 1, Off Jalan Besar di Pekan Selayang yang diibaratkan bagai retak menunggu belah.

Pengarah Jabatan Perhubungan Awam MPS, Mohamad Zin Masoad memberitahu KOSMO!, pihaknya tidak boleh mengeluarkan kenyataan kerana masih belum mendapat laporan berkaitan.

Beliau mengulas laporan KOSMO! pada 6 Disember lalu hasil aduan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) mengenai kewujudan bangunan itu yang terbiar tanpa perhatian daripada pihak-pihak tertentu dan telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada penduduk setempat.

Antara masalah serius yang timbul adalah seperti menjadi tumpuan pencuri-pencuri besi, berkemungkinan menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes dan ini boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Masalah ini seharusnya mendapat pandangan serius daripada pihak berkaitan dan satu tindakan sewajarnya harus dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini kepada penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.