This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Lebih 500 pemaju berwibawa
Berita Harian 19/12/2005

SHAH ALAM: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) mengenal pasti 70 peratus atau kira-kira 560 daripada 800 pemaju perumahan di negeri itu sebagai berwibawa.

Pengarah Eksekutifnya, Datin Paduka Alinah Ahmad, berkata pihaknya sedia memberi nasihat kepada bakal pembeli berdasarkan maklumat lengkap mengenai prestasi pemaju terbabit.

Berdasarkan maklumat pemaju, LPHS juga boleh membantu bakal pembeli mencari rumah di lokasi tertentu mengikut harga bersesuaian kehendak mereka.

"Sehingga kini, statistik menunjukkan kira-kira 36,000 pembeli menunggu mendapatkan rumah kos rendah walaupun media sebelum ini melaporkan berlaku lebihan rumah.

"Ini kerana banyak projek perumahan ketika itu dibina di kawasan kurang strategik menyebabkan ia tidak mendapat sambutan," katanya.

Rumah kos rendah di Selangor dibangunkan sektor kerajaan menerusi anak syarikat kerajaan negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PSNB) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), selain sektor swasta.

Sehingga 2003, dianggarkan 227,825 unit rumah kos rendah dibina di Selangor dan daripada jumlah itu, 24 peratus atau 55,479 dibina PKNS.

Alinah berkata, antara faktor punca rumah kos rendah tidak terjual ialah bakal pembeli memilih rumah berbentuk konvensional iaitu atas tanah sedangkan banyak rumah dibina bertingkat.

Katanya, permintaan mereka sukar dipenuhi berikutan nilai pasaran hartanah yang tinggi dan kawasan pembangunan terhad di Lembah Klang.

"Punca lain ialah lokasi projek jauh dari tempat kerja menyebabkan kos pengangkutan meningkat dan kesukaran bagi menghubungkan bandar utama," katanya sambil menambah bakal pembeli
turut mengambil kira latar belakang pemaju.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.