This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kecewa pembinaan kediaman Bukit Impian tidak bermula

Utusan Malaysia 27/12/2006


Saudara Pengarang,


SAYA telah membeli satu unit banglo setingkat di projek perumahan Bukit Impian, di U10 Shah Alam, bersebelahan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Perdana pada bulan Oktober 2001.

Pinjaman perumahan saya telah diluluskan oleh sebuah bank pada tahun 2002 dan setiap bulan saya telah membayar ansuran bulanan pinjaman tersebut tanpa gagal.

Bagaimanapun sehingga kini rumah impian saya masih belum dibina di atas tanah tersebut.

Apa yang mengejutkan saya kontraktor bagi projek perumahan ini bertukar setiap enam bulan sekali dan saya tidak tahu kenapa projek tersebut tidak dimulakan lagi.

Setiap kali saya menghubungi pihak pemaju, mereka memberitahu saya bahawa projek akan dimulakan dalam beberapa bulan lagi.

Sejak tahun 2002, saya terpaksa mendengar alasan yang sama dan sehingga tahun akan datang. Saya inginkan kepastian sama ada projek ini akan menjadi realiti atau dianggap sebagai projek terbengkalai.

Sekiranya ia merupakan projek terbengkalai, saya akan menjual tanah saya kepada pemaju dan mereka mesti membelinya mengikut harga pasaran semasa. - SAKIT HATI, Kelana Jaya, Selangor

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.