This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

CF hanya diberi ikut perjanjian
Kosmo 31/12/2005

KUALA LUMPUR - Pembinaan Pangsapuri Putra Damai yang telah siap beberapa bulan lalu bukan penentu Sijil Layak Menduduki (CF) bagi projek itu dapat dikeluarkan segera.

Jurucakap Putrajaya Holdings yang memantau projek perumahan itu menjelaskan, pemberian CF hanya akan dilaksanakan seperti yang tertulis dalam perjanjian sewa beli.

Beliau memberitahu, walaupun rumah sudah siap, masih ada projek yang dalam pembinaan seperti pemasangan lampu jalan dan pendawaian elektrik.

Berikutan itu, rayuan pembeli pangsapuri Putra Damai di Presint 11 Putrajaya agar pemberian CF disegerakan mungkin tidak dapat dipenuhi dalam masa terdekat.

"Faktor kesempurnaan projek penting sebelum CF diberikan kepada para pembeli supaya tiada masalah berbangkit, harap mereka bersabar," jelasnya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan KOSMO! kelmarin mengenai pembeli pangsapuri Putra Damai yang merayu agar pemberian CF disegerakan untuk menduduki rumah.

Dalam pada itu, jurucakap Putrajaya Homes Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu pemaju projek berkata, pihaknya telah menyiapkan projek perumahan itu sejak beberapa bulan yang lalu.

"Kami hanya bertanggungjawab menyiapkan rasa perumahan termasuk kemudahan asas seperti padang permainan serta lot parkir," jelasnya.

Dalam perkembangan yang sama, jurucakap Bahagian Perlesenan dan Khidmat Nasihat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberitahu, pihaknya hanya akan mengambil tindakan sekiranya pemberian CF lewat dari tarikh surat perjanjian.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.