This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

21,340 pembeli rumah dibantu
02/12/2005 Berita Harian

SHAH ALAM: Kerajaan negeri menubuhkan satu panel peguam bagi membantu seramai 21,340 pembeli premis perumahan termasuk rumah kos rendah yang projeknya terbengkalai.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, berkata pembeli yang berpendapatan kurang RM5,000 sebulan bagi setiap isi rumah layak menggunakan perkhidmatan panel berkenaan.

Katanya, penubuhan panel itu dianggap dalam usaha membantu menyelesaikan masalah yang membabitkan pemaju dan bank kerana ada pembeli tidak mampu membayar khidmat guaman.

"Setiap satu daripada 56 projek perumahan yang terbengkalai di negeri ini dimajukan oleh pemaju yang berbeza manakala sesetengahnya gagal disiapkan antara lima hingga 10 tahun lalu.

"Panel ini dikendalikan Lembaga Hartanah dan Perumahan Selangor (LHPS). Mereka yang menghadapi masalah boleh segera menghubungi LHPS," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco, semalam.

Dr Mohamad Khir juga mencadangkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan supaya menyenaraihitamkan pemaju projek yang terbengkalai berdasarkan nama perseorangan dan , bukan syarikat.

Katanya, kementerian itu juga disaran menarik semula lesen perniagaan pemaju kerana mereka tidak wajar diberikan kontrak lagi selepas gagal menyiapkan projek sedia ada.

Beliau menegaskan senarai nama pemaju terbabit akan diserahkan kepada kementerian itu,.

Katanya, kerajaan negeri akan menghubungi bank supaya pembayaran kepada pemaju dibuat berdasarkan peratus projek siap.

"Kebanyakan projek terbengkalai letaknya di pinggir bandar. Kali ini, kita mahu pemaju mendapatkan dulu kebenaran lokasi sebelum projek dimulakan," katanya.

FAKTA NOMBOR


Projek terbengkalai


32 - Jumlah taman perumahan
18 - Premis perniagaan
5 - Pembesaran kampung
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.