This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Tubuhkan jawatankuasa pembeli
21/11/2005 Kosmo

KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa pembeli perlu ditubuhkan segera untuk menyediakan aduan lengkap kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenai masalah projek perumahan dan komersial Super Taipan di Bukit Beruntung yang terbengkalai sejak ia mula dibina lapan tahun lalu.

Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun, satu perbincangan di antara pihak pemaju dan pembeli-pembeli unit di kawasan itu akan diadakan bagi mencari penyelesaian.

"Mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) 1966, semua projek perumahan perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

"Jika gagal, deposit yang telah dibayar oleh pembeli perlu dipulangkan semula," katanya ketika dihubungi KOSMO! kelmarin.

Katanya, pembeli kini tidak perlu risau kerana dia itu mampu melindungi pembeli kerana beliau yakin pihak pemaju mampu menyiapkan rumah seperti yang telah dijanjikan.

"Laporan-laporan projek terbengkalai yang masih wujud kini sebenarnya adalah projek yang diusahakan sebelum tahun 2002, iaitu sebelum Akta Perumahan diketatkan," katanya.

Menurut beliau antara pindaan yang dibuat ialah dengan memperketatkan pemberian lesen kepada pihak pemaju, memeriksa terlebih dahulu kedudukan kewangan syarikat pemaju dan memantau projek perumahan yang dibangunkan dengan memastikan pemaju menyerahkan laporan perkembangan projek perumahan yang dibangunkan setiap enam bulan.

Sementara itu, KOSMO! turut mendapatkan penjelasan berhubung masalah terseuut daripada Setiausaha Agung Persatuan Pembeli-Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA), Chang Kim Loong.

"Kami akan membantu dari segi khidmat nasihat secara percuma kepada para pembeli unit di Super Taipan itu supaya hak mereka terbela," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.