This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Serah kunci tanpa CF di Super Taipan
Kosmo 14/11/2005

KUALA LUMPUR - Pembeli unit perumahan dan komersial Super Taipan dekat Bukit Beruntung mendakwa diperdaya oleh pemaju apabila pembinaan beberapa bangunannya terbengkalai sejak lapan tahun lalu.

Pembinaan kawasan komersial berkenaan yang dimulakan selepas menandatangani surat perjanjian pada November 1997 sepatutnya diserahkan kepada pemilik pada November 2000.

Namun, pembeli unit bangunan berkenaan yang telah menunggu sehingga semalam, masih belum dapat menduduki unit masing-masing.

Ahli jawatankuasa pembeli, Bernard Tan berkata, Super Taipan yang mempunyai 12 blok empat tingkat dan mencapai harga sehingga RM288,000, dimajukan oleh Perwira lndra Sakti Sdn. Bhd.

Bagaimanapun daripada jumlah itu, hanya enam blok berjaya disiapkan dan penyerahan kunci kepada pemiliknya hanya dilakukan tahun lalu.

"Walaupun sudah mendapat kunci, pemilik unit di ke enam-enam blok itu masih belum mendapat sijil layak menduduki (CF).

"Malah sehingga kini, mereka masih belum mendapat bekalan elektrik dan air," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Pandan semalam.

Menurut Tan, empat blok lagi hanya siap dibina 50 peratus manakala selebihnya langsung tiada tanda-tanda pembinaan akan dijalankan walaupun mereka (pembeli) telah membayar 40 peratus daripada harga unit terbabit.

Beliau juga mendakwa aduan telah dibuat kepada Lembaga Perumahan Selangor setahun lalu namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kami juga telah menghubungi pemaju bagi membincangkan perkara ini namun pemaju seolah-olah cuba mengambil sikap lepas tangan.

"Saya amat berharap kesemua pembeli unit di Super Taipan dapat tampil dan bergabung bersama-sama untuk membincangkan perkara ini agar dapat diselesaikan dengan cara yang terbaik," ujarnya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.