This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek lewat, pemaju mesti bayar pampasan
Kosmo 17/11/2005

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, Datuk Zainal Abidin Sakom yang kesal dengan isu projek terbengkalai di Super Taipan, Bukit Beruntung berkata, jika projek lewat kerana kesilapan pemaju, mereka hendaklah membayar pampasan kepada pembeli.

"Pemaju kena ikut perjanjian dan siapkan projek mengikut jadual.

Jika mereka (pemaju) lewat serah rumah, mesti bayar pampasan lewat siap," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas laporan KOSMO! sebelum ini mengenai projek komersial Super Taipan yang terbengkalai dan belum mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) walaupun enam daripada 12 blok telah siap dibina pada 2004.

Pembeli juga mendakwa mereka dianiaya kerana telah membayar wang pendahuluan sebanyak 40 peratus.

Beliau yang hanya mengetahui apa yang berlaku menerusi laporan akhbar turut menipertikaikan masalah bangunan yang telah siap di situ tetapi belum diberi CF.

Zainal Abidin menasihatkan pembeli yang sudah menerima kunci agar mengikut saluran undang-undang demi keselamatan mereka sekeluarga.

"Jika masuk ke rumah yang tidak ada CF, keselamatan tanggung sendiri. Jadi, lebih baik ikut saluran undang-undang,' tunggu CF," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Abdullah Rahman memberitahu, pihaknya sudah sedia maklum dengan masalah yang dihadapi oleh pembeli di situ dan memberitahu CF belum boleh dikeluarkan !agi.

Ini kerana, setelah pegawainya turun padang dan meninjau kawasan terbabit baru-baru ini, MDHS mendapati pemaju masih gagal melengkapkan beberapa perkara yang diperlukan bagi membolehkan
CF dikeluarkan.

"Antaranya sistem kumbahan dan saliran termasuk jalan masuk belum disiapkan dengan sempurna," katanya ketika dihubungi semalam.

Justeru, pihaknya berjanji akan memanggil pemaju dan agensi-agensi yang terlibat seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan secepat mungkin.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.