This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pengurusan janji baiki lif
Kosmo 19/11/2005

KUALA LUMPUR - YBR Management Services Sdn. Bhd., pihak pengurusan Pangsapuri Perdana, Shah Alam berjanji menyelesaikan segera masalah kerosakan lif di Blok 1 pangsapuri berkenaan.

Menurut jurucakap syarikat itu, pihaknya akan membawa masalah yang telah berlarutan sehingga enam bulan itu kepada pihak pengurusan tertinggi secepat mungkin.

"Masalah ini dipandang serius, kita akan diselesaikan secepat mungkin.

"Segala maklum balas dan keputusan yang ditetapkan akan diberitahu kelak setelah siasatan lanjut dijalankan oleh pihak pengurusan, katanya ketika dihubungi KOSMO! semalam sebagai mengulas rungutan penghuni yang terpaksa menggunakan tangga kerana hanya sebuah sahaja daripada dua lif berfungsi.

Bagaimanapun, jurucakap itu enggan mengulas lanjut bila masalah itu dijangka diselesaikan.

Sementara itu, Penolong Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad menjelaskan, masalah itu bukan tanggungjawab MBSA.

"Namun kami bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikannya," kata beliau.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.