This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju harap penduduk bersabar
Kosmo 17/11/2005

GOMBAK - Penduduk di kawasan perumahan 5B Taman Melati, di sini terpaksa menunggu dua minggu lagi sebelum kerja-kerja letupan batu di kawasan itu diihentikan oleh pemaju perumahan Kondominium Putra Villa.

Ini berikutan beberapa siri letupan kecil masih dijalankan oleh Haluan Mulia Sdn. Bhd. untuk memecahkan batu di tapak pembinaan itu.

Menurut Pengarah Projeknya, Wong Tham Fook, kerja-kerja meletupkan batu itu perlu diselesaikan sebelum proses menanam cerucuk dijalankan.

Syarikat itu kini di peringkat akhir untuk melakukan kerja-kerja meratakan tanah sebelum memulakan kerja pembinaan bangunan.

"Kami juga telah menghantar notis kepada beberapa kawasan perurnahan berdekatan terutamanya penghuni Blok 5B sebelum aktiviti letupan batu itu dijalankan.

"Kami berharap penduduk bersabar kerana ini adalah proses yang tidak dapat kami elakkan," katanya kepada KOSMO! semalam.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Yew Teong Look yang menerima aduan penduduk mengenai perkara itu September lalu, turut melakukan lawatan kali keduanya di tapak projek semalam.

"Pemaju telah mengambil langkah-langkah yang perlu seperti memberi notis awal sebelum letupan dilakukan demi kebajikan penduduk," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Management Corporation 5B Taman Melati, Murajan Simu yang turut hadir juga berpuas hati dengan tindakan pemaju Kondominium Putra Villa itu.

"Sebelurn ini, tiada sebarang notis makluman diberi kepada kami sebelum aktiviti letupan batu yang dilakukan sehinggakan menggegarkan bangunan rumah kami," ujar beliau.

Murajan juga mendakwa, letupan kuat kira-kira tiga kali seminggu sejak dua bulan lalu itu turut mengejutkan warga tua dan kanak-kanak yang tinggal berhampiran tapak pembinaan itu.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.