This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Jangan salahkan pemaju sahaja

Kosmo 21/11/2005

DAMANSARA - "Pembeli yang menghadapi masalah projek perumahan terbengkalai tidak boleh terus menyalahkan pihak pemaju semata-mata," tegas Pengerusi Eksekutif MK Land Holdings Berhad, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar (gambar).

Mustapha berkata, untuk melakukan sesuatu projek perumahan melibatkan banyak pihak.

"Rata-rata masalah besar yang menyebabkan projek terbengkalai bukan disebabkan oleh pihak pemaju sahaja sebaliknya, kegagalan kontraktor, jurutera dan arkitek yang dipertanggungjawab untuk membina rumah," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu rumah terbengkalai.

Beliau ditemui pemberita pada majlis Penyerahan Gerakan Hak Milik Rumah kepada 147 keluarga Orang Asli Bukit lanjan, di Damansara Perdana semalam.

Namun, Mustapha tidak pula menolak kemungkinan masalah pojek perumahan gagal disiapkan disebabkan pihak pemaku .

Saya tak kata pemaju tak melakukan kesilapan, ada pemaju yang mengalami masalah kewangan dan kemudian gagal menyiapkan sesuatu projek kerana menggunakan duit yang diperuntukkan ke tempat lain," katanya.

Tambahnya, semakin ramai orang menceburi bidang hartanah tanpa kelayakan yang cukup, turut mendorong masalah rumah terbengkalai dan juga perumahan tidak berjaya dijual.

"Semua orang mahu buat projek (perumahan), semua orang nak untung, tapi mereka tidak tahu bidang ini bukan sebarangan orang boleh masuk.

"Pemaju perlu cekap untuk menetapkan kos perbelanjaan, harga rumah serta pengurusan dari segi masa," ujar Mustapha.

Justeru, beliau berharap agar pihak kerajaan memperketatkan dan memastikan setiap individu yang ingin menjadi pemaju hartanah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.