This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Jamin hak pembeli rumah
Harian Metro 17/11/2005

MASALAH pembeli rumah yang sering tertipu akibat projek perumahan tertangguh atau terbengkalai akan dapat diatasi apabila kerajaan menggunakan konsep bina dan jual rumah bagi menjamin hak pengguna.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Azizah Mohd Dun, berkata pihaknya kini dalam peringkat akhir untuk menyelesaikan kertas kerja sebelum dibentangkan kepada Kabinet secepat mungkin.

Menurutnya, kementerian itu sudah mengadakan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak termasuk persatuan pembeli rumah dan persatuan pemaju perumahan bagi mengenal pasti keberkesanan dan kesesuaian konsep itu untuk digunakan di negara ini.

Beliau menjawab soalan Wong Nai Chee (BN - Kota Melaka) di Dewan Rakyat, semalam.

Azizah juga memberitahu Dewan Rakyat bahawa kernenteriannya akan memperkenalkan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi rnenggantikan Sijil Layak Menduduki (CF) yang diguna pakai pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Kami dalarn proses penyelarasan undang-undang dan akan dibentangkan di Parlimen tahun depan.

"Justeru, kami akan melantik golongan profesional seperti arkitek dan jurutera bagi meningkatkan sistem penyampaian dalam industri pembinaan dan mengatasi masalah kelewatan pengeluaran CF
bagi sesebuah bangunan yang siap," katanya.

Menurutnya, pihaknya akan dan mengetatkan undang-undang bagi memastikan golongan profesional itu tidak berat sebelah ketika mengeluarkan sendiri CCC kepada pembeli rumah.

"Selepas ini, orang ramai tidak perlu bimbang mengenai pengeluaran CCC membabitkan rumah dan bangunan kerana kementerian sentiasa memantau dari semasa ke semasa," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.