This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Bumbung bocor, pemaju buat tak tahu
Harian Metro 30/11/2005

MEMILIKI sebuah kediaman yang cantik dan selesa menjadi idaman setiap insan berkeluarga, apatah lagi jika ia dilengkapi dengan pelbagai landskap menarik termasuk hiasan dalaman serta taman mini yang indah.

Persekitaran landskap indah dan mempesonakan, reka bentuk kediaman yang menarik serta kemudahan infrastruktur yang baik menjadi faktor pembelian rumah teres Melati di Bukit Subang, Shah Alam.

Justeru kami sekeluarga memilih projek perumahan yang dimajukan Guthrie Property Development Holdings Berhad kerana percaya syarikat pemaju berkenaan mampu menawarkan kediaman berkualiti.

Sejak menduduki kediaman berkenaan pada 30 November 2004, banyak masalah dihadapi termasuk tekanan air rendah di bilik mandi utama dan kedua bumbung rumah bocor.

Saya sudah membuat aduan tetapi tiada tindakan sewajarnya sehinggakan air hujan membasahi ruang tamu. Diharap pemaju mengambil perhatian serta tindakan segera supaya masalah dihadapi
tidak berulang kembali.

PEMBELI TERKILAN,
Shah Alam,
Selangor

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.