This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

ADUN Subang Jaya panggil mesyuarat pemaju-penduduk
Kosmo 12/11/2005

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Datuk Lee Hwa Beng akan memanggil pemaju, Dergahayu Sdn. Bhd. dan wakil penduduk membincangkan kaedah terbaik mengatasi masalah di Pangsapuri Subang Mewah.

Beliau mengakui ada menerima aduan penduduk tentang masalah yang semakin menjadi-jadi di situ.

"Kita mendapat laporan bahawa kebanyakan aktiviti vandalisme dan mencuri mempunyai kaitan dengan warganegara asing dan penagih dadah yang ramai menyewa di sini.

"Walaupun polis ada melakukan beberapa tangkapan, vandalisme masih berlaku," katanya kepada KOSMO! semalam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Mohd. Arif Abd. Rahman pula meminta Jawatankuasa Pengurusan Penduduk (JPP) lebih aktif menjaga blok masing-masing.

Ada sesetengah blok yang diselenggarakan oleh pemaju dan ada yang di bawah jawatankuasa pengurusan penduduk sendiri.

"JPP akan mengawasi sebarang masalah yang berlaku di kawasannya sama ada memaklumkan kepada pemaju atau MPSJ untuk diambil tindakan,”katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.