This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Syarat miliki rumah mesra rakyat dilonggar
Berita Harian 31/1/2005

MELAKA: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) melonggarkan beberapa syarat bagi membolehkan golongan miskin memiliki rumah sendiri melalui Skim Rumah Mesra Rakyat yang dilancarkan sejak tiga tahun lalu.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata antaranya ialah pemohon mempunyai tapak rumah di atas tanah pusaka dikongsi adik beradik lain, kini boleh memohon melalui skim itu.

Katanya, pemohon mestilah membuat perjanjian dengan adik beradiknya hak milik tapak rumah itu agar tidak ada masalah berbangkit.

"Melalui skim ini, setiap permohonan di atas tanah pusaka yang dikongsi dengan adik beradik lain perlu mendapat persetujuan semua pihak berhubung hak milik tapak rumah itu.

"Pindaan syarat yang ketat sebelum ini telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Dengan ini, kita berharap lebih ramai yang memohonnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Kursus Kepimpinan Penyelaras Umno Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Baru, di Water City Resort, di sini semalam.

Skim itu yang dilancarkan oleh kerajaan pada 2002 bertujuan membolehkan golongan miskin terutama nelayan, petani, peladang, ibu tunggal dan orang miskin yang tiada rumah atau memiliki rumah usang tetapi mempunyai tanah, boleh memiliki rumah sendiri.

Di bawah skim itu, SPNB akan membina rumah banglo kos rendah mengandungi tiga bilik tidur dan dua bilik air di atas tanah pemohon.

Satu pertiga daripada kos pembinaan dibiayai melalui dana khas kerajaan  Persekutuan manakala bakinya merupakan pembiayaan tanpa faedah berlandaskan konsep Al-Qardh dengan jangka masa pembayaran balik selama 22 tahun.

Bagaimanapun, sambutan rakyat terhadap skim itu kurang menggalakkan berbanding sasaran SPNB untuk membina 5,000 unit rumah setahun.

"Setakat ini hanya 600 unit rumah siap dibina," katanya sambil memberitahu bahawa permohonan boleh dibuat melalui wakil rakyat kawasan masing-masing.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.