This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Stok rumah mencapai 3.4 juta unit
26/01/2005 Kosmo

KUALA LUMPUR - Stok hartanah kediaman di Malaysia meningkat 1.3 peratus kepada 3,401,687 unit berikutan peningkatan ketara unit siap dibina kepada 45,167 unit pada suku ketiga 2004.

Jika dibandingkan dengan suku sebelumnya, unit siap dibina telah menurun 5.1 peratus,demikian  menurut Laporan Inventori Harta Tanah yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Dengan unit-unit yang mula dibina menokok sebanyak 30.1 peratus kepada 46,196 unit pada suku  kedua 2004, penawaran akan datang unit kediaman dalam negara turut meningkat sedikit iaitu 0.2 peratus kepada 608,140 unit untuk suku ketiga 2004 katanya.

Bagaimanapun, unit dalam pembinaan menurun kepada 561,944 unit dalam tempoh yang sama. Ia berkata untuk suku ketiga 2004, unit-unit kediaman di Selangor dan Johor terus mendominasi jumlah stok sedia ada masing-masing sebanyak 26.2 peratus dan 16.2 peratus.

Menghurai dengan lebih lanjut lagi NAPIC berkata, reaksi positif dalam penawaran inventori harta tanah pada suku ketiga, 2004 adalah hasil daripada pemulihan ekonomi global akibat daripada peperangan yang diterajui oleh Amerika dan kawalan penyebaran virus di rantau Asia Tenggara.

Selain daripada itu, katanya dasar kerajaan dan peruntukan bajet kerajaan telah merangsang subsektor harta tanah kepada pembangunan tersusun dengan mengurangkan ketidakseimbangan permintaan dan penawaran, sekali gus mengembalikan keyakinan yang lebih kepada pelabur industri harta tanah.

Untuk jumlah ruang pejabat yang dirancang, ia turutmeningkat sebanyak 4.6 peratus kepada 1,919,665 meter persegi. "Walaupun Kuala Lumpur dan Selangor masih merupakan negeri penyumbang utama stok sedia ada pejabat binaan khas, kadar penghuniannya telah meningkat berbanding suku kedua 2004," tambahnya.

Seperti mana pejabat binaan khas NAPIC berkata, Kuala Lumpur dan Selangor terus mendominasi ruang kompleks perniagaan sedia ada serta menyumbang 47.4 peratus kepada stok sedia ada.

Pada suku ketiga 2004, penawaran unit pelbagai gunaan dalam negara seperti kedai telah menurun tetapi
mencatatkan peningkatan dalam penawaran hadapan, kata NAPIC.

Katanya, Johor dan Selangor mendominasi stok sedia ada, penawaran akan datang dan penawaran yang dirancang hartanah kedai pada suku ketiga 2004.

Penawaran stok harta industri dalam negara telah meningkat dengan pertambahan dalam unit siap dibina.

Tambahnya, peningkatan ini adalah selaras dengan pengukuhan prestasi sektor pembuatan dan pertambahan peruntukan bajet untuk pembangunan industri kecil dan sederhana.

"Selangor dan Johor mendominasi penawaran unit industri dengan menyumbang 52.8 peratus kepada jumlah stok sedia ada pada suku ketiga 2004," kata NAPIC.

Bagi penawaran hotel dalam negara, ia telah berada di peringkat berhati-hati pada suku kajian kerana
terdapat sedikit sahaja perubahan dalam bilangan hotel bilik dan hotel yang siap dibina.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.