This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Rumah tiada air, eletrik
Berita Harian 20/1/05

Saya ingin merujuk masalh penyambungan bekalan eletrik dan air di perumahan Desa Pinggiran Putra, Fasa 3C. Pemaju menyerahkan kunci rumah melalui surat bertarikh 21 Disember lalu.

Bagaimanapun, apa yang paling mendukacitakan adalah bekalan eletrik dan air ke rumah berkenaan belum dilaksanakan sehingga ke hari ini, walaupun bayaran deposit dilakukan beberapa bulan lalu.

Masalah ini beberapa kali diajukan kepada pemaju dan kami dimaklumkan perkara in dalam tindakan TNB dan Puas.

Perkara ini amat mengecewakan kerana walaupun diberikan kunci, kami belum dapat berpindah ke rumah berkenaan seperti membeli kerata tanpa enjin, tetapi perlu membayar cukai jalan.

Keadaan bertambah membimbangkan apabila rumah yang telah siap itu kini menjadi tempat perlindungan pendatang asing dan penagih dadah dan berlaku kerosakan dan kehilangan sebahagian peralatan rumah.

Saya memohon jasa baik pihak yang berkenaan menimbangkan perkara ini segera, sejajar dengan pelaksanaan sistem penyampaian yang lebih baik oleh kerajaan.

Tsalimy Abdullah,
Kuala Lumpur

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.