This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek terbengkalai tempat biak aedes
18/01/2005 Berita Harian

GOMBAK: Tapak pembinaan dan projek terbengkalai di daerah Gombak dikenal pasti antara tempat pembiakan utama nyamuk aedes sekali gus menjadi punca kes denggi berleluasa di daerah itu.

Ahli Parlimen Gombak, Datuk Rahman Ismail, berkata lebih 70 peratus daripada pembiakan nyamuk aedes adalah tapak pembinaan dan projek yang terbengkalai.

"Gombak adalah antara daerah yang mencatat kes denggi tertinggi di Selangor. Kami mendapati ia berpunca dari tapak pembinaan, kawasan perumahan yang baru naik dan projek terbengkalai.

"Jika tempat itu tidak dipantau sudah tentu akan menjadi sumber pembiakan nyamuk bahaya itu. Itu sebab kami mengadakan sesi dialog dan kempen bertujuan mendedahkan pengetahuan kepada masyarakat dan mendapat kerjasama mereka untuk sama-sama membanteras masalah ini.

"Di samping itu saya juga ingin menyeru pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan mengenakan kompaun terhadap pemaju yang bertanggungjawab ke atas projek terbengkalai mereka.

"PBT tidak harus leka dalam soal ini kerana ia membabitkan keselamatan penduduk sekitar kawasan projek terbengkalai itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Perangi Denggi di Pusat Perkhidmatan dan Kecemerlangannya di Taman Melawati di sini semalam.

Berdasarkan statistik Jabatan kesihatan Selangor, sebanyak 1,818 kes deman denggi dilaporkan di Gombak pada tahun lalu, tetapi hanya 680 kes disahkan dan satu kematian dilaporkan.

Sementara itu, sebanyak 67 kes kematian deman denggi dicatatkan di seluruh negara pada tahun lalu.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.