This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju gagal tepati janji
Kosmo 9/1/2005

SERI KEMBANGAN - Kerajaan negeri memberi amaran akan mengambil alih projek pembinaan rumah kos rendah di kawasan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) jika empat pemajunya masih gagal membiayai subsidi RM7,000 bagi setiap unit rumah berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menegaskan, jumlah tersebut adalah diskaun yang diberikan bagi setiap rumah kos rendah.

"Kerajaan negeri memberi tempoh kepada pemaju terbabit sehingga akhir tahun ini kerana jika tidak MPSJ terpaksa menanggung kos sebanyak RM5.4 juta bagi membiayai rumah kos rendah di kawasan pentadbirannya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan kunci rumah kepada penduduk di Pangsapuri Desa Tanjung, di sini, semalam.

Mohamad Khir berkata, kos asal rumah kos rendah adalah sebanyak RM42,000 tetapi kerajaan negeri telah menetapkan harganya, sebanyak RM35,000 sahaja sehingga akhir 2005.

"Ini adalah bukti kerajaan prihatin yang diamalkan di Selangor bagi melihat semua rakyat mendapat rumah termasuk tanah sekiranya difikirkan perlu," katanya.

Beliau menambah, kerajaan negeri juga akan memastikan pemaju perumahan swasta lain supaya menetapkan harga yang sama bagi rumah kos rendah.

Mengenai masalah setinggan Mohamad Khir berkata, bagi menyelesaikan perkara itu untuk jangka pendek, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah melakukan bancian bagi mengenal pasti penduduk setinggan, tindakan merobohkan penempatan setinggan dan menjalankan Ops Helang.

"Bagi jangka panjang pula, antara langkah-langkah yang diambil ialah menyusun penempatan semula setinggan, pembinaan council home dan penyediaan rumah kos rendah oleh pemaju yang dilantik oleh kerajaan negeri.

"Sejak akhir tahun 2004, kerajaan negeri berjaya menempatkan semula sebanyak 26,641 keluarga (60 peratus) daripada 45,994 keluarga setinggan yang dikenal pasti pada tahun 1998 ke projek perumahan kos rendah," katanya.

Mohamad Khir berkata, baki sebanyak 20,353 keluarga (40 peratus) setinggan dijangka berjaya diselesaikan menjelang akhir tahun ini.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.