This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju gagal siapkan rumah
14/01/2005 Berita Harian

KAMI, pembeli rumah banglo di Taman Desa Darulaman, Jitra Kedah kecewa dengan pemaju yang gagal menyiapkan projek mengikut perjanjian. Tapak menjadi lengang sejak tiga bulan lalu berikutan masalah dihadapi pemaju.

Rumah hampir siap dibeli berharga RM150,000 hingga RM250,000 banyak yang rosak kerana terbiar sekian lama kerana projek yang bermula sejak 2000 kini terbengkalai.

Keadaan lebih buruk apabila pejabat tapak binaan di Jitra ditutup dan pemaju tidak lagi datang kerana semua urusan dibuat di ibu pejabat di Jelutong, Pulau Pinang.

Kebanyakan pembeli adalah kakitangan kerajaan yang menjelaskan 80 peratus harga rumah kepada pemaju dan ada di antara pembeli sekarang dipotong gaji mereka dan pada masa yang sama juga perlu membayar sewa rumah.

PEMBELI TERANIAYA, JITRA KEDAH
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.