This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

MB mahu penghuni urus pangsapuri
Utusan Malaysia 10/1/2005

SERI KEMBANGAN 9 Jan. - Kerajaan negeri mewajibkan penubuhan perbadanan pengurusan di semua perumahan pangsapuri di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mulai tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ia bagi menyelesaikan pelbagai masalah perkhidmatan dan harta benda awam yang dihadapi oleh para penghuni sesebuah pangsapuri.

Beliau berkata, ia juga diharap dapat menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan jadual mengangkut sampah yang adakalanya tidak teratur.

"Penduduk di pangsapurl tidak boleh sentiasa meminta MPSJ atau kerajaan negeri memperbaiki atau menyelesaikan masalah pengurusan sampah di kawasan mereka.

"Mereka juga perlu berdikari dalam keadaan-keadaan tertentu yang difikirkan boleh," katanya.

Beliau berkata demiki an selepas Majlis penyerahan kunci rumah kepada penduduk di Pangsapuri Desa Tanjung, di sini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri akan bertindak terhadap empat pemaju di bawah pentadbiran MPSJ kerana gagal membiayai subsidi RM7,000 untuk setiap unit rumah kos rendah yang dibina.

Katanya, mereka juga diberi tempoh sehingga akhir tahun ini kerana jika tidak, MPSJ terpaksa menanggung kos sebanyak RM5.4 juta bagi membiayai rumah kos rendah di kawasan pentadbirannya.

"Ini adalah bukti kerajaan prihatin yang diamalkan di Selangor bagi melihat semua rakyat mendapat rumah termasuk tanah sekiranya difikirkan perlu," katanya.

Mengenai masalah setinggan, beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) telah melakukan bancian bagi mengenal pasti penduduk setinggan, tindakan merobohkan penempatan setinggan dan melaksanakan Ops Helang.

Beliau berkata, bagi jangka panjang pula, pihaknya telah menyusun semula penempatan setinggan, membina 'rumah majlis' serta membangunkan rumah kos rendah.

Katanya, setakat ini kerajaan negeri telah berjaya menempatkan semula sebanyak 26,641 keluarga daripada 45,994 keluarga setinggan yang dikenal pasti pada tahun 1998 ke projek perumahan kos rendah.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.