This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

400 setinggan anjur demonstrasi (Bantah tindakan syarikat pembinaan arah perpindahan)
KOSMO 03/01/2005

KEPONG - Seramai 400 penduduk setinggan di Kampung Chim Lee di sini semalam mengadakan demonstrasi aman bagi membahtah tindakan sebuah syarikat pembinaan yang mengarahkan mereka berpindah, dengan alasan mahu memajukan, kawasan itu sebagai projek perumahan.

Penduduk kawasan seluas 40 hektar itu berkumpul di jalan masuk ke kampung berkenaan sambil membawa kain rentang dan sepanduk bertulis pelbagai perkataan yang membantah arahan berpindah serta-merta dari situ.

Demonstrasi itu yang berlangsung sejam dari pukul 11 pagi itu menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Ketika ditemui, beberapa penduduk menyatakan bahawa mereka hanya akan berpindah selepas surat perjanjian mengenai pampasan perpindahan yang dipersetujui sebelum ini ditandatangani dengan pemaju berkenaan, Rimbunan Melati Sdn. Bhd.

Jika diberi pilihan, sesetengah daripada mereka pula lebih selesa untuk tinggal di rumah asal yang telah diduduki sejak 45 tahun lalu.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Hal Ehwal Awam MCA Bahagian Kepong, Yee Poh Ping yang ditemui memberitahu, Persatuan Penduduk Rumah Setinggan Kampung Cham Lee sebenarnya sudah pun menyatakan persetujuan untuk berpindah menerusi mesyuarat bersama pemaju pada Oktober lalu.

"Apa yang dikesalkan ialah terdapat pihak tertentu cuba menghasut penduduk berpindah serta-merta dengan menawarkan RM18,000.

"Sesetengah penduduk ketakutan dan mungkin terima tawaran itu. Jika ini berlaku sudah tentu ia menjejaskan perbincangan antara persatuan penduduk dengan pemaju," katanya.

Seorang penduduk, K. Jaya Raman, 35, berkata, dia menetapkan pendirian hanya akan berpindah setelah menerima surat perjanjian pampasan daripada pemaju.

"Kami tidak akan pindah kerana takut nanti kami tertipu disebabkan tiada perjanjian rasmi," katanya.

Peniaga, Chua Chong Ho, 45, pula memberitahu, dia keberatan hendak berpindah kerana seronok dan selesa di rumah sekarang melainkan ada perjanjian rasmi pampasan.
 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.