This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek Plaza Rakyat dijangka siap 2007

utusan.com.my 11/10/2005


KUALA LUMPUR, 10 Okt. - Projek pembangunan Plaza Rakyat di Jalan Pudu yang dirancang menjadi pusat pengangkutan awam bersepadu di tengah ibu kota dijangka siap pada 2007.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique berkata kerajaan telah bersetuju melanjutkan kontrak kepada Plaza Rakyat Sdn. Bhd. (PRSB) untuk menyiapkan projek itu sehingga 31 Mei 2007.

PRSB telah diminta untuk menyedia dan mengemukakan jadual kerja sehingga tarikh itu kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku pemaju bersama projek, katanya menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Zulhasnan berkata daripada laporan DBKL, projek tersebut telah menunjukkan kemajuan dalam kerja-kerja pembinaan.

Kementerian Wilayah Persekutuan melalui jawatankuasa pemandu kajian projek sentiasa memantau projek terbengkalai termasuk kelewatan projek tersebut, katanya.

Beliau berkata projek itu yang berhampiran stesen bas ekspres dan teksi Puduraya diletakkan di bawah status projek terbengkalai yang diaktifkan semula. - Bernama
 

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.