This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Kesal pemaju lepas tangan
Harian Metro 25/10/2005

SAYA dukacita dan marah terhadap pemaju perumhan yang lepas tangan berhubung pembinaan projek perumahan terbengkalai di Jalan Adenium, Bukit Beruntung, Selangor.

Sepatutnya pemaju menyiapkan perumahan itu seperti termaktub dalam surat perjanjian ditandatangani antara pemaju dengan pembeli tetapi sehingga kini mereka belum menyiapkan sejumlah 42 unit rumah dalam tempoh ditetapkan.

Sepatutnya lebihan kerja tertangguh perlu disiapkan segera dan pembeli boleh menduduki rumah mereka.

Pembeli selalu dijanjikan tempoh yang singkat untuk disiapkan projek itu namun hampa.

Masalah ini selalu kami ajukan kepada pemaju, tetapi apa yang mendukacitakan ialah pelbagai alasan diberikan kononnya ia akan disiapkan segera.

Kami tidak sanggup menunggu lagi dan membayar pemotongan pinjaman rumah di bank setiap bulan.

TUNTUT HAK,
Bukit Beruntung,
Selangor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.