This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Bank lewat buat bayaran, pembeli tanggung padah
Harian Metro 5/10/2005

SAYA ingin menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sebuah syarikat pemaju perumahan yang mengenakan bayaran guaman berjumlah RM1,421 ketika mengambil kunci rumah.

Ia memeranjatkan saya yang sebelum ini membayar deposit rumah RM1,200 dan dimaklumkan tidak perlu berbuat apa-apa bayaran kerana deposit itu akan ditolak kepada bayaran guaman.

Saya sungguh terkejut apabila mendapat surat menerima kunci rumah dan diberitahu deposit dipotong kerana dikenakan faedah atas kelewatan pembayaran daripada bank.

Saya segera ke bank berkenaan dan dimaklumkan mereka sedang mengemaskini satu proses baru. Sememangnya saya mengetahui akan dikenakan faedah jika lewat membuat bayaran kepada bank tetapi masalahnya ialah tidak dimaklumkan ketika bank lambat membuat pembayaran. Surat yang diterima ialah bank membayar seleras tempoh ditetapkan.

Mengapa dalam tempoh itu, saya tidak mengetahui perkara berkenaan? Jumlah RM1,421 itu terlalu banyak bagi saya. Diharapkan pihak berkenaan memberi perhatian terhadap masalah ini.

PEMBELI KECEWA, Kulim, Kedah.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.