This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Taman Sri Pinang tidak tepati prosedur pembinaan
Berita Harian 22/9/2004

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) terperanjat dan kecewa dengan sikap Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), yang selama ini mengawasi perancangan dan pembinaan bangunan di bawah bidang kuasanya, tetapi membiarkan projeknya sendiri - Taman Sri Pinang yang dijalankan dalam keadaan tidak memuaskan namun masih mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (CF) untuknya.

Jika MPPP tidak mengambil berat terhadap bangunannya sendiri, bolehkah ia diharapkan mampu memastikan pihak lain mematuhi Undang-undang Kecil Bangunan yang Seragam?

Dengan segala kepakaran yang dimiliki oleh badan itu sendiri, kita pasti tertanya-tanya bagaimanakah kontraktor yang terbabit dalam kerja pembinaan boleh terlepas begitu saja?

Masalah ini begitu serius kerana ia membabitkan keselamatan penghuni di kediaman berkenaan, bukannya sekadar keselesaan mereka. Memang sesuatu yang sukar diterima kerana di sebalik banyak laporan mengenai bangunan tinggi yang runtuh di negara lain (malah sesetengahnya berlaku di negara kita sendiri), MPPP mengambil sikap sambil lewa berhubung pematuhan ketat prosedur dan standard pembinaan.

Ke manakah perginya arkitek, jurutera dan pemeriksa bangunan ketika projek itu pada peringkat pembinaan? Jika `turnkey' bermakna 100 peratus tanggungjawab terletak di bahu kontraktor, kontraktor itu perlu dipertanggungjawab jika berlaku sesuatu akibat kecuaiannya itu.

Amat dikesali begitu banyak masa dihabiskan untuk membaik pulih kekurangan yang ada. CAP telah menulis kepada Presiden MPPP dan Ketua Menteri pada Januari 2004. Malangnya kami tidak menerima sebarang jawapan balas. Kami kemudian sekali lagi menulis kepada kedua-dua pihak berkenaan pada Mac. Pada April, pejabat Ketua Menteri memaklumkan kepada kami bahawa perkara itu telah dibawa ke perhatian Datuk Teng Hock Nam, yang sebaliknya menulis kepada MPPP untuk menyiasat aduan berkenaan.

Sehubungan itu, kami menggesa Kerajaan Negeri supaya menubuhkan Jawatankuasa Siasatan untuk mengenal pasti bagaimana keadaan yang amat memalukan ini boleh berlaku, apatah lagi sama ada struktur itu benar-benar kukuh dan mampu bertahan untuk berpuluh-puluh tahun lagi.

Jika kerosakan berpunca daripada pembinaan yang kurang sempurna dan penggunaan bahan bermutu rendah tidak diperbaiki, pemilik unit berkenaan boleh membuat tuntutan terhadap vendor di Tribunal Rumah-Pembeli.

Mereka mempunyai 12 bulan daripada tarikh CF dikeluarkan, atau daripada tarikh luput tempoh liabiliti kerosakan, untuk berbuat demikian.

Mereka bersama-sama boleh melantik seorang perunding untuk memeriksa bangunan dan mengeluarkan laporan yang boleh digunakan untuk menyokong tuntutan mereka di Tribunal itu.

S M MOHAMED IDRIS,
Presiden CAP.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.