This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

 
Syor jual rumah selepas sijil kelayakan dikeluarkan
14/09/2004 Utusan Malaysia

SEPERTI yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 6 September 2004, rumah yang dibeli atas konsep bina dahulu jual kemudian yang dicadangkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan juga menjejaskan pembeli jika projek itu terbengkalai.

Ini kerana di bawah cadangan SPNB itu, pembeli sudah terikat dengan perjanjian jual-beli dan telah membayar wang pendahuluan.
Pada pendapat saya, cadangan yang lebih selamat bagi pembeli ialah supaya penjualan hanya boleh dibuat oleh pemaju apabila rumah itu siap sepenuhnya termasuk selepas sijil kelayakan dikeluarkan.

Dengan ini bermakna perjanjian jual-beli tidak boleh ditandatangani sebelum sijil tersebut dikeluarkan. Jika projek itu terbengkalai pembeli tidak akan menjadi mangsa kerana pembelian belum dibuat.

Pemaju mungkin tidak akan bersetuju dengan konsep ini kerana risiko ditanggung sepenuhnya oleh pemaju. Tetapi perlu diingatkan bahawa pembelian rumah melibatkan berpuluh, malah beratus ribu ringgit, dan ia seringnya adalah satu-satu urusan yang terbesar semasa hayat kebanyakan insan biasa.

Sebaliknya pemaju akan mendapat keuntungan beribu, malah berjuta ringgit. Pemaju yang berjaya adalah syarikat yang mampu menyiapkan projek dengan cepat dan bermutu, iaitu hasil daripada pengurusan yang cekap. Jika pemaju tidak cekap adalah tidak adil jika pembeli yang terpaksa menanggung kelemahan pemaju itu.

PEMBELI WARAS, Kuala Lumpur.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.