This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

SPNB nafi projek 'bina dahulu jual kemudian' terbengkalai
UTUSAN MALAYSIA 07/09/2004

PUTRAJAYA 6 Sept. - Pengerusi Eksekutif Syarikat Perumahan Ne-gara Berhad (SPNB), Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan projek perintis berkonsepkan 'bina dulu, jual kemudian' yang membabitkan perumahan kos rendah jenis town house di kawasan Limbungan, Klebang itu terbengkalai.

Beliau sebaliknya menjelaskan bahawa projek itu hanya tergendala seketika kerana kontraktor terdahulu, Pertam Constructions menarik diri pada 18 Februari lepas.

"Ini bukan projek terbengkalai. la hanya tergendala seketika kerana kontraktor yang diberi tugas melaksanakannya menarik diri. Kami te-lah membuka tender untuk mendapatkan kontraktor baru Mei lepas dan pada 1 Julai lalu telah memilih sebuah syarikat lain, Asas Teraju Constructions untuk meneruskannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi bagi mendapatkan penje-lasan mengenai projek perintis SPNB itu yang dianggap lebih baik daripada Formula 10:90 yang disarankan oleh Agensi Penarafan Malaysia (RAM).

Menurut Tengku Adnan, walaupun telah mengenal pasti kontraktor barn untuk meneruskan projek tersebut, tetapi kerja-kerja masih belum semula kerana SPNB masih menunggu bon prestasi daripada syarikat yang beroperasi di Negeri Sembilan itu.

"Kami telah belajar daripada (kesilapan) kontraktor sebelumnya. Sebab itu kali ini kami mahu kontraktor baru memberi bon prestasi sebelum dibenarkan memulakan projek ini," jelas beliau.

Tengku Adnan juga menjelaskan bahawa projek yang meliputi 790 unit rumah kos rendah jenis towhouse serta 59 unit rumah kedai di tanah kerajaan negeri mukim Klebang Kecil di Limbungan itu siap dalam tempoh 12 bulan darij tarikh mereka menerima bon prestasi.

Utusan Malaysia hari ini mendedahkan mengenai projek di Klebang yang terhenti sejak awal tahun ini setelah mula dibina pada pertengahan 2003.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.