This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek terbengkalai 20 tahun selesai
Berita Harian 17/9/2004

SEREMBAN: Kerajaan negeri memberi jaminan masalah perumahan terbengkalai hampir 20 tahun di Taman Marida Senawang, dekat sini, akan diselesaikan secepat mungkin selepas memperoleh maklumat lengkap mengenainya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Woo Ah Lek, berkata masalah itu sememangnya dalam pengetahuan kerajaan negeri dan sedang menunggu laporan daripada pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Masalah perumahan terbengkalai bukan saja membabitkan taman itu saja malah beberapa kawasan lain di negeri ini turut mengalami masalah yang sama.

"Kita sedang berusaha untuk mengambil tindakan, bagaimanapun ini membabitkan beberapa masalah lain terutama berkaitan kedudukan tanah, pemaju dan pembeli.

"Tambahan pula ada sesuatu projek perumahan itu terbengkalai terlalu lama," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai rungutan penduduk Taman Marida seperti yang disiarkan akhbar ini yang meminta kerajaan bertindak membersihkan atau membaik pulih perumahan terbengkalai di situ yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada kejadian jenayah.

Sementara itu, jurucakap Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, berkata setakat ini terdapat 52 projek perumahan kediaman membabitkan kira-kira 3,000 unit rumah terbengkalai di negeri ini.

Menurut beliau, pihaknya sedang mengenal pasti kedudukan projek terbabit dan permasalahan yang dihadapi untuk mengatasinya.

"Usaha menyelesaikannya mungkin mengambil masa sedikit kerana terdapat beberapa pemaju terbabit yang tidak dapat dikesan, selain pengurusannya atau lembaga pengarah syarikat itu sudah bertukar ganti.

"Kita sedang berusaha mengumpulkan maklumat lengkap semua projek terbabit, termasuk berpandukan aduan pembeli untuk mengatasinya," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.