This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek pangsapuri batal (Penduduk lega kawasan lapang dikekalkan)

Kosmo 29/9/2004

PUCHONG - Penduduk Fasa 6 Taman Puncak Jalil kini lega. Mereka lega kerana anak-anak mereka kini mempunyai kawasan lapang kekal untuk bermain manakala pembeli-pembeli yang mengutamakan unsur Feng Shui terus berpeluang menikmatinya.

Keluhan penduduk taman berkenaan selama setahun mengenai pengambilan kawasan lapang taman seluas satu hektar itu akhirnya selesai semalam.

Ahli Parlimen Puchong, Lau Yeng Peng yang membawa isu berkenaan ke perhatian pemaju memberitahu wartawan di sini semalam, pada 5 Ogos lalu, Maxisegar Sdn. Bhd. telah bersetuju membatalkan cadangannya dan mengekalkan konsep sedia ada demi menjamin kesejahteraan penghuni Taman Puncak Jalil.

Menurut beliau, persatuan penduduk taman tersebut mahu pemaju menyerahkan kawasan lapang berkenaan kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Pemaju Taman Puncak Jalil, Maxisegar telah bersetuju untuk tidak membina dua unit pangsapuri kos sederhana di kawasan lapang itu.

KOSMO! difahamkan masalah itu bermula tahun lepas apabila Maxisegar memutuskan untuk membina dua pangsapurl kos sederhana di kawasan taman permainan berkenaan.

Penduduk kawasan tersebut merungut apabila sesetengah daripada mereka membayar wang tambahan sebanyak RM5,000 hanya untuk mendapat lot rumah yang berhadapan dengan kawasan lapang kerana mempercayai elemen Feng Shui.

Mereka juga membantah kerana cadangan pembinaan pangsapuri baru akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan masalah tempat letak kereta.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.