This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Projek Klebang perintis konsep 'bina dulu, jual kemudian'

 01/09/2004 UTUSAN MALAYSIA

PUTRAJAYA 31 Ogos - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) mengorak langkah untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai yang banyak membebankan pengguna dengan menjadikan projek perumahan di Klebang, Melaka sebagai perintis pelaksanaan sepenuhnya konsep bina dahulu, jual kemudian'.

Konsep itu lebih baik daripada Formula 10:90 yang disarankan olehAgensi Penarafan Malaysia (RAM) kerana pembeli tidak perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan sebaliknya hanya dikenakan bayaran tempahan yang minimum iaitu kira-kira RM500.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembinaan projek rumah kos sederhana mampu milik jenis 'town house' di Klebang yang dimulakan lapan bulan lalu merupakan yang pertama di bawah konsep berkenaan dan ia akan diamalkan dalam projek-projek SPNB seterusnya selepas ini.

"Selepas rumah siap dibina, baru kita akan meminta bayaran daripada pembeli. "Kita tidak akan memungut sebarang wang pendahuluan sebaliknya pembeli hanya perlu membuat sedikit bayaran sewaktu mendaftar tempahan untuk memiliki rumah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat Alamanda, kompleks beli-belah pertama di pusat pentadbiran kerajaan di sini hari ini.

Projek perintis SPNB di Klebang, Melaka melibatkan kira-kira 100 unit 'town house' dan Tengku Adnan memberitahu pihaknya sedang mengenal pasti lokasi-Iokasi baru untuk dijadikan tapak projek perumahan di bawah konsep bina dan jual itu.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya ketika diminta mengulas saranan RAM itu berkata, SPNB bersetuju dengan formula tersebut dan apa juga syor yang dapat membantu menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai.

Beliau memberitahu kerajaan membelanjakan RM4 bilion bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai membabitkan 53,000 unit rumah kos rendah dan sederhana di seluruh negara sejak 1990.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.