This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Penduduk minta pintu masuk baru
Berita Harian 20/9/2004

SHAH ALAM: Penduduk Kota Kemuning meminta pemaju perumahan Paramount mencari alternatif lain bagi membina pintu masuk ke projek perumahannya kerana ia menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan penduduk terbabit.

Presiden Persatuan Penduduk Kota Kemuning, Mohd Siraj Abdul Razack, berkata pihaknya bimbang pintu masuk itu yang akan dibina di laluan utama Kota Kemuning akan menjejaskan keadaan lalu lintas di kawasan itu sekali gus membahayakan penduduk.

Beliau berkata, kenderaan dari Lebuhraya Kesas yang hendak ke projek perumahan Paramount itu perlu memperlahankan kenderaan dan ini akan menyebabkan kemalangan.

"Paramount dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) perlu menangani perkara ini dengan memberi keutamaan kepada aspek keselamatan penduduk sekitar.

Setakat ini, sebanyak 22 kemalangan jalan raya dengan dua kematian sudah berlaku di laluan itu. Kita tidak mahu angka ini meningkat.

"Kita tidak menentang projek perumahan ini tetapi kami tidak berpuas hati dengan sikap pemaju yang tidak memikirkan kebajikan penduduk sekitar," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan ada dua jalan alternatif yang diluluskan ke projek perumahan Paramount iaitu melalui Taman Seri Muda dan jalan belakang Kota Kemuning.

Mohd Siraj berkata, laluan itu adalah pilihan terbaik kerana ia tidak membahayakan pengguna jalan raya.

Selain aspek keselamatan, katanya, pembinaan pintu masuk itu juga akan menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama di bulatan pertama.

"Kami akan mendapatkan khidmat perunding bagi menjalankan kajian lalu lintas. Peningkatan kenderaan di kawasan ini akan menyebabkan penduduk berhadapan masalah bising dan pencemaran seterusnya menjejaskan kesihatan," katanya.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.