This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pembeli harap pemaju baru tunai janji siapkan rumah
30/09/2004 Berita Harian

KUALA LUMPUR: Lebih 100 pembeli rumah yang terbengkalai selama 10 tahun di kawasan Bandar Sentul Utama menggesa pemaju baru yang bakal menyambung pembinaan menyempurnakan projek berkenaan dalam tempoh dijanjikan.

Pembeli tidak mahu kegagalan pemaju yang sepatutnya menyiapkan projek pada 1997 berulang kerana mereka tidak sanggup lagi menunggu lebih lama untuk menduduki rumah yang sepatutnya sudah menjadi kediaman mereka.

Berikutan masalah itu, pihak Paramount Venue Sdn Bhd selaku pemaju baru projek perumahan itu menganjurkan sesi dialog dengan pembeli di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sentul, baru-baru ini.

Hadir sama Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan, Yew Teong Look; wakil Paramount Venue Sdn Bhd, Wakil Melati Ehsan Group of Companies, Mohd Zainudin Badarudin, dan Pengarah Ernst & Young, Ng Teck Wah.

Pengurus Syarikat Swasta, Shamsulbahri Md Dali, 38, berkata, beliau menandatangani perjanjian membeli rumah di kawasan itu pada tahun 1994 dengan bayaran pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah.

“Mengikut perjanjian, rumah itu dijangka siap dan boleh didiami selepas tiga tahun pembinaan tetapi sehingga kini ia gagal disempurnakan walaupun pelbagai aduan dibuat kepada pihak bertanggungjawab, termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Berdasarkan pemerhatian saya, pembeli tidak diberi pilihan untuk meneruskan pembelian atau membatalkan perjanjian perumahan walaupun pembinaan tergendala,” katanya.

Shamsuldahri berkata, pembeli terpaksa menanggung kerugian kewangan dan masa kerana dibebani kos tambahan seperti bayaran sewa rumah bulanan untuk rumah yang didiami sekarang.

“Selain itu, pembeli menghadapi kesukaran membatalkan perjanjian kerana projek tidak diisytiharkan sebagai terbengkalai oleh pemaju terdahulu yang mendakwa kewujudan kawasan setinggan berdekatan tapak projek mengganggu kerja pembinaan dan di luar kuasa mereka.

“Saya menghantar rayuan pembatalan perjanjian pembelian pada Mac 2002 selepas mendapati projek itu tergendala hampir tujuh tahun kerana bercadang membeli rumah lain yang sesuai.

“Bagaimanapun, pemaju terdahulu tidak membenarkannya, malah mengarahkan saya memilih mana-mana projek perumahan di bawah kendalian syarikat itu saja.

“Saya tidak bersetuju dan menolak cadangan mereka kerana lokasi ditawarkan tidak bersesuaian dengan kehendak saya,” katanya.

Beliau berkata, kesanggupan pemaju baru meneruskan pembangunan kawasan perumahan itu disambut baik pembeli yang sudah banyak mengeluarkan wang asalkan pemaju menyiapkan projek seperti dijanjikan mengikut persetujuan kedua-dua pihak sebelum ini

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.