This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju Taman Cahaya tiada tanggunjawab
Kosmo 18/09/2004

AMPANG JAYA -Pemaju perumahan Taman Cahaya Ampang, Jebcom Land Sdn. Bhd. mendakwa tapak yang diwartakan untuk dibangunkan taman permainan di kawasan tersebut bukan urusan pihaknya.

Sebaliknya, jurucakap tersebut meminta wartawan KOSMO! merujuk kepada pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk penjelasan lanjut.

"Ini bukan tanggungjawab kami," kata jurucakap itu ketika dihubungi.

Dalam laporan semalam KOSMO! menyiarkan keluhan penduduk taman berkenaan yang menantikan pembinaan taman permainan yang dijanjikan 18 tahun yang lalu.

Tinjauan KOSMO! di tempat itu pada Rabu lalu juga mendapati tapak tersebut kini menjadi perumahan setinggan yang juga dipenuhi semak-samun dan timbunan sampah sarap yang mencacatkan pemandangan.

Persatuan Kebajikan Penduduk dan Pemilik Rumah Pangsa Taman Cahaya , Abdul Rahman Ideris memberitahu banyak permohonan dan rayuan telah dikemukakan kepada pemaju dan pihak berkuasa tempatan tetapi tiada milium balas setakat.

Ketika dihubungi semula semalam, beliau berkata: "Tiada sebarang maklum balas daripada pihak berkuasa terhadap tapak tersebut selepas masalah kami disiarkan dalam akhbar ."

Dalam pada itu, KOSMO! gagal mendapat reaksi pihak MPAJ.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.