This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Pemaju sengketa ,Pembeli derita

HARIAN METRO 08/09/2004

PERSENGKETAAN peribadi sama ada antara tuan tanah dengan pemaju atau pengarah syarikat adalah antara faktor utama dikenal pasti menyebabkan projek perumahan terbengkalai.

Empat faktor lain ialah:
* Lokasi tidak sesuai menyebabkan pasaran terjejas. Ini berpunca kurangnya kajian pasaran dibuat sebelum projek perumahan dimulakan.
* Keadaan tapak kurang sesuai bagi pembinaan projek perumahan menyebabkan kos operasi meningkat.
* Masalah kewangan dihadapi pemaju yang gagal mendapatkan pinjaman titian (bridging finance).
* Masalah pemaju digulungkan sama ada oleh kontraktor, pembiaya atau pemiutang lain.

Setiausaha Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dr Subramaniam K V Sathasivam, berkata bagi mengatasi masalah projek perumahan terbengkalai di seluruh negara, beberapa langkah diambil termasuk mengadakan rundingan dengan pemaju, pembeli dan agensi teknikal serta bank pembiaya bagi mencari langkah memulihkan projek itu.

Menurutnya, kementerian berkenaan juga memberi khidmat nasihat dan garis panduan kepada pihak yang ingin mengambil alih projek perumahan terbengkalai.

"Selain itu, kita juga bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi membuat kajian ke atas projek yang dikenal pasti kementerian sebagai terbengkalai dan seterusnya menyerahkan projek berdaya maju kepada SPNB untuk dipulihkan," katanya menjawab soalan Hashim Jahaya (BN-Kuala Kedah) di Dewan Rakyat, semalam.

Sejak 1990 hingga sekarang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengenal pasti 199 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 92 projek perumahan terbengkalai sudah dipulihkan, 99 masih terbengkalai manakala lapan lagi tidak boleh dipulihkan.

Sementara itu, dalam sidang akhbarnya di Lobi Parlimen, Subramaniam berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk memberi kebenaran kepada mana-mana pembeli rumah yang projek perumahan mereka terbengkalai, menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi memulihkan projek berkenaan.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.