This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Nasib pembeli rumah terbengkalai gelap pemaju menghilang diri
 01/09/2004 UTUSAN MALAYSIA

SAYA terpanggil untuk menulis mengenai masalah rumah terbengkalai yang sedang rancak diperbincangkan.

Saya selaku Ahli Jawatankuasa Badan Bertindak Projek Taman Sejahtera, Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara mewakili ratusan pembeli Melayu telah menderita kerana masalah tersebut sejak tahun 1997.

Pembeli dan pemaju telah menandatangani perjanjian pada tahun 1996 tetapi malangnya sehingga tahun 1998, hanya rumah setingkat sahaja yang telah siap 50 peratus, manakala rumah dua tingkat dan rumah pangsa cuma kelihatan tapak sahaja.

Pemaju telah diberi peluang lebih daripada lapan kali untuk berbincang dengan pembeli, Bahagian Perumahan negeri Pulau Pinang serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun pemaju masih mengatakan ia mampu mencari jalan penyelesaian.

Ditutup

Akhir tahun 1998, pemaju pula telah menghilangkan diri dan pejabat mereka di Perai ditutup.

Pihak pembeli sudah melakukan pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah tersebut. Di samping ini ratusan surat telah dihantar kepada pihak tertentu. Tidak cukup itu diadakan pula perbincangan dengan pelbagai pihak di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pada masa yang sama, pemaju tidak membayar batik pinjaman bank di atas gadaian dan pihak bank telah mengambil tindakan undang-undang ke atas pemaju mengakibatkan penggulungan syarikat pemaju dan seterusnya menghadapi proses lelongan.

Nasib pembeli projek Taman Sejahtera menjadi gelap jika dibandingkan dengan projek lain yang terbengkalai tetapi masih mempunyai pemaju untuk berunding dan berbicara.

Tambahan pula pinjaman bank terpaksa dijelaskan setiap bulan di samping membayar sewa rumah.

Kami merayu kepada mereka yang mempunyai pengaruh dan kuasa membantu menyelesaikan masalah ini agar dapat menghindari proses lelongan demi menjamin nasib pembeli Melayu terdiri daripada penduduk tempatan berpendapatan sederhana dan rendah.
Kepada pemaju yang berminat, mereka boleh menghubungi AJK Badan Bertindak untuk mengadakan perbincangan bagi mendapatkan kaji selidik awal tentang latar belakang projek berkenaan.

INSAN PRIHATIN, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.