This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Melaka rintis konsep 'bina dulu, jual kemudian'

01/09/2004 KOSMO

PUTRAJAYA - Projek perumahan di Klebang, Melaka dipilih sebagai lokasi perintis Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bagi melaksanakan konsep 'billa dahulu, jual kemudian'.

SPNB menganggap konsep itu lebih baik berbanding formula 10:90 yang disarankan oleh Agensi Penarafan Malaysia (RAM) kerana pembeli tidak perlu membayar 10 peratus wang pendahuluan sebaliknya hanya dikenakan bayaran tempahan sebanyak RM500.

Pengerusi Eksekutif SPNB, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pembinaan projek rumah kos sederhana mampu milik jenis town house di Klebang yang dimulakan lapan bulan lalu merupakan yang pertama di bawah konsep berkenaan.

Jika berjaya, ia akan membuka jalan kepada pelaksanaan lebih banyak program serupa bagi membendung masalah rumah terbengkalai.

"Selepas rumah siap dibina, baru kita akan meminta bayaran daripada pembeli.

"Kita tidak akan memungut sebarang wang pendahuluan melainkan bayaran tempahan," katanya kepada pemberita selepas melawat Alamanda, kompleks membeli-belah pertama di pusat pentadbiran kerajaan di sini semalam.

Projek perintis SPNB di Klebang, Melaka melibatkan kira-kira 100 unit town house. Tengku Adnan memberitahu pihaknya sedang mengenal pasti lokasi-lokasi baru untuk dijadikan tapak projek perumahan di bawah konsep beli dan jual itu.

Akhbar Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya Isnin lalu menyiarkan syor RAM supaya satu sistem dikenali sebagai Formula 10:90, bayar dulu 10 peratus dan 90 peratus baki selepas siap, diamalkan bagi melindungi kepentingan pembeli.

Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya ketika diminta mengulas saranan RAM itu berkata, SPNB bersetuju dengan formula tersebut dan apa juga syor yang dapat membantu menyelesaikan masalah projek perumahan terbengkalai.

Kerajaan membelanjakan RM4 bilion bagi memulihkan projek perumahan terbengkalai membabitkan 53,000 unit rumah kos rendah dan sederhana di seluruh negara sejak 1990.

Malah tahun ini sahaja, peruntukan tambahan bernilai RM1 bilion disalurkan kepada SPNB bagi membangunkan semula sekurang-kurangnya dua projek perumahan terbengkalai di Wilayah Persekutuan Labuan dan Selangor.

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.