This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Lebih banyak flet dibina di Lembah Klang
BERITA HARIAN 09/09/2004

KUALA LUMPUR: Lebih banyak rumah pangsa akan dibina di Lembah Klang bagi menampung permintaan penduduk terutama setinggan, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting.

Beliau berkata, penyediaan rumah itu yang juga membabitkan bandar besar di seluruh negara bertujuan mengelak pertumbuhan setinggan baru.

Katanya, di Lembah Klang, migrasi penduduk dari luar bandar berlaku kerana pekerjaan dan menyebabkan permintaan untuk kediaman meningkat walaupun pelbagai usaha diambil pihak berkuasa untuk menanganinya.

"DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dalam banciannya di sekitar Kuala Lumpur pada 1998, mendapati 24,000 rumah setinggan dibina di atas tanah orang lain termasuk rizab kerajaan dan untuk mengatasinya, DBKL telah dan sedang menyiapkan 34,000 unit rumah pangsa," katanya berucap meraikan Kongres ke-28 Rangkaian Antarabangsa bagi Pembangunan Bandar (INTA28), di sini malam tadi.

Ong berkata, pertambahan ketara itu juga menjadi cabaran utama kepada DBKL untuk memenuhi permintaan berkenaan.

Terdahulu, Ong berkata, INTA28 adalah platform terbaik bagi mewujud dan mengekalkan rangkaian antarabangsa untuk memudahkan kerjasama dan bertukar-tukar fikiran antara pengurus bandar bagi membangunkan model negara masing-masing bagi pembangunan bandar yang berkekalan dan meningkatkan taraf kehidupan.

Kongres itu juga adalah forum bersesuaian untuk perwakilan dari seluruh dunia bertukar-tukar pengalaman dan mempelajari amalan terbaik masing-masing, katanya.

Ong berkata, Malaysia kini merangka Dasar Perbandaran Kebangsaan bagi merencana arah dan strategi ke arah pertumbuhan bandar dan pembangunan sehingga 2020.

Beliau berkata, kerajaan kini melaksanakan pendekatan holistik bagi menangani isu kemiskinan bandar dan penempatan semula setinggan. - Bernama

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

© 2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.