This website is
 sponsored.gif

banner.gif

 Welcome    Main    Forum    FAQ    Useful Links    Sample Letters   Tribunal  

Gaji potong ,rumah terbiar
09/09/2004 HARIAN METRO

PADA 14 Jun 2001, saya menandatangani perjanjian beli rumah di Taman Sri Lambak/T6 Fasa 4 dengan deposit RM12,000 dan rumah itu dijangka siap dua tahun.

Namun, sehingga kini rumah yang dijanjikan terbengkalai sedangkan gaji sudah dipotong untuk membayar ansuran mulai September tahun lalu.

Apa yang menyedihkan pemaju tidak mengambil sebarang tindakan bagi menyudahkan projek itu. Yang dapat dilihat hanya semak-samun tumbuh mengelilingi rumah-rumah di situ.

Oleh itu, saya harap pihak berkenaan terutama wakil rakyat turun padang untuk menyelesaikan perkara ini kerana kebanyakan pembeli adalah kakitangan kerajaan termasuk guru.

Saya dah penat merempat dengan berpindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain, di samping terpaksa menanggung kos menyewa rumah dan bayaran ansuran kepada bank.

Gaji seorang guru bukannya besar sangat, cukup untuk bayar keperluan.

Saya juga takut kerjaya sebagai pendidik akan terjejas kerana memikirkan masalah ini.

CIKGU MALANG
Kluang, Johor

 

Main   Forum  FAQ  Useful Links  Sample Letters  Tribunal  

National House Buyers Association (HBA)

No, 31, Level 3, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-21422225 | 012-3345 676 Fax: 03-22601803 Email: info@hba.org.my

2001-2009, National House Buyers Association of Malaysia. All Rights Reserved.